assalamualaikum..hah ni aku saje post dkt sini..aku copy dr facebook..bagos bende ni..kauorg bace laa..aku dgn rase bertaggungjawabnye share dgn kauorg sbb x nak jadik org yg kedekut..hehe :)
12 BARISAN MANUSIA 
Barisan pertama: 
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : 
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg  sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat  kehinaan didunia maupun di akhirat". 
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di  muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg  menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka  adalah neraka". 
Barisan ke-2: 
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah 
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg  memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya,  mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh  liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk." 
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri  untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala &  kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah  dosa2 itu. 
Barisan ke-3: 
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking 
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun  pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. 
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka. 
Barisan ke-4: 
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut 
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli.  Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang  dari sumber yg halal. 
Barisan ke-5: 
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika  itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman  padang mahsyar 
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut  diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah  balasannya & tempat mereka juga adalah neraka. 
Barisan ke-6: 
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu. 
Barisan ke-7: 
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari  mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian  kebenaran. 
Barisan ke-8: 
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina. 
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an  antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai  orang ketiga antara mereka". 
Barisan ke-9: 
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm  diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta  anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya. 
Barisan ke-10: 
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi  kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu  hidupnya. 
Barisan ke-11: 
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu  jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut  serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. 
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya. 
Barisan ke-12: 
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. 
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. 
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. 
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T" 
BACALAH YASSIN 
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: 
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu: 
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang. 
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian. 
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh. 
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. 
5. Jika terpenjara akan dibebaskan. 
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya. 
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya. 
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya. 
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya. 
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. 
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai  hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah  Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca  al-Quran sebanyak 10 kali. 
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka  membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat  berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya  diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut  menyembahyangkan jenazahnya". 
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka  membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa  minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan  dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit  ketika nyawanya diambil. 
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat  dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin  dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di  hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di  tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli  rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah  orang-orang yang munafik. 
Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain. 
Untuk renungan semua, 
Siapakah orang yang sibuk ? 
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu  solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi  Sulaiman a.s 
Siapakah orang yang manis senyumannya? 
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa  musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil  berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir  senyuman. 
Siapakah orang yang kaya? 
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 
Siapakah orang yang miskin? 
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta. 
Siapakah orang yang rugi? 
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun  masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. 
Siapakah orang yang paling cantik? 
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati  membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana  mata memandang. 
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. 
Siapakah orang yang mempunyai akal? 
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak  kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa  neraka. 
Siapakah org yg KEDEKUT ? 
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain..
~m~