Thursday, December 30, 2010

wanita :))





click utk lebih besar! :)

assalamualaikum..





kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

kerana aku wanita, berhati-hatilah denganku!

by : hurien_eyn di iluvislam.com



credit note; facebook.com (huda nadira)..mcm bese copy n paste..hahaha..tp series aku like bnde ni bnyk2 kali.. :)) salute pada hurien_eyn... :))

credit pixca; google man of course.. :))


notakakitgn::
harap maaf main copy n paste mcm tu je..kalo pencipta bace ni dan rase mrh n x suke sila tgglkn msg okay!! :))



ya ALLAH ya TUHANKU..aku bermohon kau peliharalah diri ini menjadi wanita yg baik2 buat suami dan keluarga ku..juga buat anak-anakku suatu hari nanti..kepadaMU jua aku berserah YA ALLAH...amin.. :))

salam sayang..adiosaaa~~


~m~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...