assalamualaikum..
rasa sedih menyelubungi diri..pada mula kebahagiaan itu menghiasi indah hari aku..tp lepas baca blog kak fida..rasa sedih itu menggunung..sbnrnya bukan apa aku cuma tumpang sedih dengan kisah dia..walaupun kak fida dan aku tidak punya persamaan dlm darah yg mengalir di dalam tubuh kami tp aku sudah cukup sebati dengan kisah kak fida..seolah dia rakan rapatku..seolah dia itu kakak aku..
kisah kak fida buat aku sedar bahawa menjadi sang blogger yg senyap dan diam di tempurung sendiri itu tidak apa-apa..mungkin betul ramai blogger yg mengimpikan menjadi sang blogger yg terkenal..yg punya ramai followers..tp kadang tu bila kita sudah mencapai kejayaan akan ada sifat benci dan iri di hati sang musuh..dan sang musuh akan selalu berusaha untuk menjatuhkan kita..sehingga kita mengalah dari medan pertempuran kejayaan kita..
mungkin aku ini hanya anak kecil yg x punya banyak pengalaman..tp aku ini anak kecil yg mendengar dan melihat..aku ini menimba pengetahuan dari apa yg aku lihat..dari apa yang aku dengar..erti kata disini..cukuplah dengan hanya membaca dan memerhati blogger2 yg lain aku sudah mampu untuk menimba ilmu..
wahai kak fida sayang..tabahkan hati mu dengan cubaan yg mendatang..aku ini sbg silent readers mu selalu bersama mu..aku menangis dikala kau menangis..aku tertawa disaat kau tertawa..kerna kamu itu sumber inspirasiku untuk terus tabah menjalani liku hidup ini dan terus bersyukur dengan nikmat ALLAH ini...kamu sumber ilhamku untuk aku berkarya disini..
~m~