Sunday, February 6, 2011

bukan apa tp nk komen je ;))

assalamualaikum..


post ini khas utk kwn saye yg bg komen ini utk post yg ini...

she said;

"bukannya apaaa. tapi nak komen jeee. aku tak tahulah. kann. aku cakap je kan. mungkin satu ari nanti aku pun pakai


Ada dua tujuan memakai kanta lekap;

1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]

3. Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.
Wallahu a’lam. "



terkesan jugak dkt hati aku lpas bace ni..korg pulak mcm mane?? :)) terima kasih berzilion-zilion dkt kamu elinda sbb bg komen yg sgt mmberangsangkan ini... :)


~m~

2 comments:

nabilah_2908 said...

bila nak guna...tnya pada hati..apa niat yg sebenar..jika niat kita baik..maka baik lah ia.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BIRTHDAY DD

miera myrofa said...

thank you!! :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...